Pengajian kami di Dar al-Ulum, Universiti Kaherah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
- Pengukuhan bahasa Arab: dikhususkan kepada penggunaan bahasa Arab dalam perbualan dan penulisan. (Asalib wa Taraqib Lughawiyyah dan al-Taswib al-Lughawwiyy)
- Metodologi penyelidikan (Manahij al-Bahs): metodologi ini diajar mengikut pengkhususan masing-masing.
- Pengajian umum dan asas mengikut bidang: dibahagikan kepada tiga bidang iaitu Syariah, Tarikh dan Akidah.
Jadual Pengajian:
Pengajian kami di sini diperuntukkan selama 10 jam seminggu selama tiga hari iaitu hari Ahad, Rabu dan Khamis. Untuk hari Ahad dan Rabu kelas bermula jam 11 pagi- 1.00 tengah hari dan 1.30 tengah hari – 3.30 petang. Hari Khamis pula kelas hanya diperuntukkan pada waktu pagi bermula jam 11.00 pagi – 1.00 tengah hari. Hari-hari lain diperuntukkan untuk mengulangkaji pembelajaran, mendapatkan bahan rujukan untuk kajian dan penulisan kajian masing-masing. Pengajian ini berlangsung setiap minggu dari bulan Mei hingga Julai.
Senarai pensyarah:
Tenaga pengajar yang terlibat ialah:
- Prof. Dr. Tahir Gharib (Tarikh)
- Dr. Ibrahim Dhowwah (Lughah)
- Dr. ‘Ala’ Rafat (Lughah)
- Prof. Dr. Muhammad Sayyid al-Jalind (Aqidah wa Falsafah)
- Dr. Yusri Zaidan (Tarikh)
- Prof. Dr. Muhammad Soleh (Syariah)
- Dr. Abdul Hamid Madkur (Falsafah)
- Prof. Dr. Husayn Samrah (Syari’ah wa al-Qanun)
- Dr. Fayyad ‘Abd al-Mun’im (Iqtisadiyyah)
- Dr. Muhammad al-Mansi (Syariah)
- Dr. Rif’at Fauzi (Hadith)
- Dr. Ibrahim Abd ar-Rahim (Syariah)
- Dr. Ahmad al-Syami (Syariah)
No comments:
Post a Comment