Saturday, May 8, 2010

Assalamualaikum


Assalamualaikum..alhamdulillah, kami telah selamat tiba di cairo pada 4.5.2010 dan disambut oleh Dr Hasan Basri, Pengarah Department of Malaysian Studies. Kami sudah berada di sini masuk hari ke 5. Ringkasan aktiviti:

Hari pertama (5/5): di bawa ke tempat penginapan di malaysian hall, abasiyyah dan diberi taklimat oleh Dr. Hasan dan Ust Harun, Warden Malaysia Hall Students.

Hari ke dua (6/5): berjalan di sekitar husin untuk beli barang keperluan dan sempat melawat masjid al-azhar dan masjid husin.

Hari ke tiga (7/5): bertolak ke cairo universiti untuk urusan pengajian yang mana sesi bertemu dengan dekan dan pensyarah-pensyarah yang akan menjadi penyelia mengikut bidang masing-masing.

Hari ke empat (8/5): mengambil kesempatan ziarah ke penempatan mahasiswa malaysia di Hayy 'Asyir.

Hari kelima (9/5): melakukan aktiviti bebas dan persediaan sebelum memulakan pengajian esok iaitu 10.5.2010.

Sekian dahulu laporan kami untuk minggu ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

No comments:

Post a Comment