Pada 24 hingga 26 Jun 2010 baru-baru ini, kami pelajar-pelajar UM berpeluang bercuti makan angin di salah satu pantai yang tercantik di dunia iaitu Matruh dan sebuah bandar kampung ditengah-tengah padang pasir iaitu Siwa. Kami kesana dengan diketuai oleh dua orang pelajar al-Azhar iaitu Ust Saiful dan Ust Taha. Rombongan kami juga turut disertai oleh empat orang pelajar perempuan di Mesir ini. Berikut merupakan cerita ringkas mengenai tempat-tempat yang sempat kami lawati sepanjang dua hari berada disana.
Matruh juga mempunyai pantai di mana Cleopatra pernah bersiram dan mandi di sana. Matruh merupakan sebuah pekan pantai, tempat Ratu Cleopatra dan Mark Anthony suatu ketika dahulu mempunyai sebuah istana. Matruh atau nama asalnya Marsi Matruh terletak di barat laut Mesir. Jarak ke Matruh adalah 600 km dari Kaherah dan mengambil masa 9 jam perjalanan untuk sampai. Perjalanan menuju ke Matruh ini dikelilingi padang pasir dan melalui kota Iskandariah dan al-Alamin. Matruh juga merupakan pusat peranginan sederhana pada musim panas yang mempunyai mercu tanda seekor kijang. Buah zaitun dan anggur merupakan tanaman utama bagi Matruh.
Manakala Siwa pula merupakan kawasan oasis(lembah) yang subur dikelilingi padang pasir. Kawasan subur ini mengandungi tasik dan tanaman yang subur seperti tamar dan zaitun di mana Siwa merupakan kawasan pengeluar utama Mesir bagi kedua-dua jenis tanaman tadi. Siwa juga merupakan kawasan pemerintahan Cleopatra dan juga Iskandar Macedoniapernah datang ke sini untuk mengesahkan kawasan pemerintahannya di Siwa ini dan melawat tempat-tempat ibadat yang dibina di sni.
Siwa dikenali dengan Jazira Malah (garam) kerana dikelilingi oleh lautan garam iaitu 90 km dari paras laut. Juga dikenali sebagai Jazira Ballah (buah kurma) kerana terdapat banyak pokok kurma. Jazira Fatmas juga adalah nama bagi Siwa kerana tanamannya yang subur. Jazira Fatmas ini telah dinamai oleh orang-orang barat. Dinamakan Jazira kerana terletak di tengah-tengah laut Jerman. Di sini terdapat kebun yang terletak di Tasik Garam. Di sini juga terdapat sebuah kolam mandi Cleopatra dan menjadi sumber air bagi kebun di situ. Oasis Siwa dikelilingi padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara di tengah-tengah Padang Pasir Libya dalam Negara Mesir ini. Jaraknya ke Tenggara Matruh sekitar 300 km.
Di Siwa terdapat kilang air mineral berjenama AQUA Siwa dan Safi. Siwa juga adalah pengeluar kurma, minyak zaitun, buah zaitun dan balah billuz (kurma dengan kacang) yang terbesar di Mesir dan kota kedua di dunia sebagai pengeluar tamar dan zaitun. Masyarakat Siwa menggunakan Bahasa Barbar (bahasa dari Libya) sebagai bahasa perantaraan di antara mereka serta juga merupakan antara golongan yang susah untuk menerima Islam pada suatu ketika dahulu. Menurut Syeikh Idris, seorang Imam di Masjid Siwa sejak 10 tahun yang lalu, orang-orang Siwi (nisbah kepada nama Siwa) adalah golongan yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Mereka juga masih
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MATRUH
Teluk Ajibah
10 km dari Marsa Matruh. Dinamakan Bahar Ajibah (Laut Ajaib) kerana keindahan pantainya yang menghijau dan membiru. Sesiapa yang melihatnya pasti berasa kagum kerana lautnya mempunyai tujuh warna berlapis apabila dilihat pada waktu menjelang senja.
Pantai Cleopatra
7 km dari Marsa Matruh. Di sini terdapat hamam Cleopatra (tempat mandi) dan juga tempat bersiram pemaisuri Cleopatra. Belakang hamam Cleopatra adalah kawasan yang paling merbahaya kerana batunya yang licin, curam dan ombak yang begitu kuat. Juga terdapat kesan pahat di dinding hamam ini.
Bandar Marsa Matruh
Bandar ini merupakan sebuah bandar yang tenang, indah dan damai serta merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk merehatkan minda. Bandar ini kelihatan begitu cantik sekali jika dilihat pada waktu malam. Amat sesuai untuk bersiar-siar di waktu malam.
Pasar Libya
Merupakan tempat membeli-belah yang amat terkenal di bandar Marsa Matruh. Di sisi terdapat pelbagai barangan. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan. Kebanyakkan barang yang terdapat di sini dari negara jiran iaitu Libya.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SIWA
Kuil Amon
Merupakan tempat penyembahan Amon. Di bawah tempat tersebut ada istana yang terkambus mengikut sebuah kajian yang berasal dari Jerman. Pengkajian masih lagi diteruskan hingga ke hari ini. Hingga kini masayarakat Siwa sungguh pelik dan taajub dengan tiang-tiang yang besar boleh berada di situ dan tidak diketahui oleh sesiapa. Ada pendapat mengatakan bahawa ia dibina oleh ahli sihir Firaun.
Kolam Cleopatra
Dinamakan demikian sempena kedatangan permaisuri Cleopatra. Setiap pengantin baru akan mandi di situ. Ini adalah suatu adat yang dilakukan oleh penduduk Siwa dahulu dan ada yang mengatakan ia masih kekal hingga kini. Kedalaman kolam ini lebih kurang 5 meter. Dikatakan kolam Cleopatra adalah sumber air utama di Siwa dan air kolam itu tidak pernah kering sehingga sekarang.
Kota Lama Siwa
Merupakan kota terawal penduduk Siwa. Dikatakan ia sebuah kota yang besar kerana terletak di antara dua buah bukit. Dari atas kota lama Siwa boleh dilihat kubu Alexander The Great. Dari sini juga dapat dilihat kesuburan tanah dan ladang-ladang yang terdapat di Siwa.
Kubu dan Ma’bad Alexander The Great
Dibina lebih kurang 300 tahun dahulu. Pintunya masih lagi kuku walaupun sudah berabad lamanya. Merupakan tempat persembunyian penduduk zaman dahulu ketika peperangan berlaku. Terdapat sebuah menara di situ untuk membuat pengumuman. Di situ juga terdapat sebuah terowong yang digunakan untuk mengambil air dari kaki bukit.
Bersebelahan ma’bad tersebut terdapat lubang tempat simpanan emas dan barang-barang berharga tetapi telah dicuri oleh penjajah. Ada pendapat mengatakan Iskandar dikebumikan di Siwa dan ada pendapat lain mengatakan dikebumikan di Iskandariah juga.
Di puncak bukit dahulunya terdapat berhala yang mewakili Tuhan Matahari yang terletak di bilik tengah. Alexander The Great meminta pertolongan daripada berhala tersebut apabila terdapat permasalahan. Berhala tersebut telah rosak semasa berlakunya Perang Dunia ke-2 kerana tempat ini telah dijadikan kubu peperangan oleh tentera Jerman. Di pintu gerbang tersebut terdapat tulisan masyarakat Firaun zaman dahulu.
Bilik kecil di sebelah kanan merupakan bilik pendeta atau ahli agama manakala bilik di sebelah kiri pula merupakan tempat pentadbiran, pusat perancangan stategi peperangan dan juga tempat tawanan perang.
Jabal Mauta
Merupakan tempat persembunyian penduduk zaman dahulu ketika barlaku peperangan dan juga tempat pengebumian jenazah. Di tempat tersebut juga terdapat kubur Sa’amoun dan Oxyoris. Kesan-kesan tulang dan rangka-rangka dahulu masih lagi boleh dilihat.
Terdapat juga tempat simpanan meriam-meriam Jerman sewaktu Perang Dunia ke-2. Pada dinding Jabal Mauta terdapat lukisan-lukisan yang menceritakan tentang kisah perkahwinan Cleopatra dan Marc Anthony.
Sekian untuk kali ini...nantikan percutian seterusnya di Iskandariah....
No comments:
Post a Comment